Want your
own Fotopage?











 
Lily's FotoPage

By: Lily FotoPage

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  >  >>]    [Archive]
Saturday, 1-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Nur Dina Kaiyisyah

 
 
 
View all 36 photos...

Care to comment?


Friday, 30-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Nur Damia Filza (8 hari)

 
 
 

Care to comment?


Thursday, 29-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Nur Damia Filza (7 hari)

 
 
 
View all 11 photos...

Care to comment?


Friday, 2-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Taman Negara Endau Rompin

mula bertolak dari UTM
student² yg aktif berkayak
brekumpul kat ofis Taman Negara
View all 49 photos...
Quote:
.: Jumaat, 2 Sept - Isnin, 5 Sept 2005 :.

xpdc antara UTM student ngan UTM staff. UTM staff terdiri drp aku (RMC), Yat (UPPK), Angah (Harta Bina), Lime (CICT), Bono (CICT) , abg Isa (SPACE), Shah (SPACE) & Mahlell (SPACE gak). student plak ada 20 org. 5 pempuan & 15 lelaki. pempuan²nya yela Tim, Aqish, Amy, Zureen & Hasni. yg boy²nye plak : Nik, Latif, Mamat, Fa'an, Jalil, Fizi, Amir, Fairuz, Najib, Faiz, Kid, Fahmi, Ochee, Akmal & Kluang

Care to comment?


Saturday, 3-Jul-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
cabaran Gunung Nuang... fuhh letih!

 
 
 
View all 14 photos...
.: Sabtu, 3 Julai 2004 :.

dlm kol 1 pagi, kitaorg sampai tol Kajang & singgah kat balai polis Hulu Langat utk maklumkan pd polis pasal rombongan neh. ujan masih lebat. sampai kat kaki gunung, ujan masih tak benti agik. aku agak mesti dorang tamo naik. paling tidak pun esok pepagi! ingat nak tido dlm van sbb taim tuh dah pukul 2 lebey. taim yg syok utk tido. baru nak lelapkan mata, en. Hamid soh kitaorg siap² sbb ujan dah mula reda... adushh!

dlm ujan rerenyai tuh kitaorg mula stretching. hampir pukul 3 pagi, kita mula b'jalan. memasing kena bawak beg yg sarat ngan baju², khemah & makanan. 1st time aku bawak barang beberat cenggitu dlm jarak yg jauh. kali neh punya la penat sbb perjalanannya jauh & teruk. semput nyawa aku! beg plak tuh berat ngan bebarang. ujan kekadang lebat kekadang renyai. jalan dah penuh ngan lecak. dlm perjalanan, Din kesiankan aku & bawakkan satu beg. mungkin dia nampak aku jalan dah tehoyong-hayang. sukanya ada org nak tolong. aku perati kat kiri kanan jalan yg gelap tuh byk pokok buluh. mesti byk antu b’gayut kat situ. mulut aku senyap jek. tanak cabul², karang tak pasal² dpt masalah!

lepas 2 jam b'jalan, kitaorg jumpa byk khemah org lain. aku gembira sgt sbb ingatkan dah nak dekat. rupanya byk agik cabaran kat depan. penattttnyaaa tuhan je tau.

5:15 pg : kitaorg sampai kat Kem Lolo. tempat kitaorg camping. alhamdulillah lega sgt². penderitaan pertama dah abis! sementara nunggu budak² pasang khemah, memasing check kaki kalau² ada pacat. ramai yg kena geget. aku pun tak terkecuali. kena kat bawah buku lali ngan peha. tengok² dah b’darah. ihhh gelinya! lepas khemah siap, semernya mula brehat. aku share khemah ngan kak Kina, Cot & Limi sbb tak bawak khemah sendiri. sblm tido, numpang smayang subuh sat kat khemah Aida. tawakkal je la sbb tatau mana arah kiblat!

bangun tido jer badan rasa tak selesa & sakit² sbb bawah khemah tuh ada byk batu b’bonggol². kalau pakai sleeping bag tentu tak rasa sgt. aku sengaja tamo bawak sbb beg dah sarat sgt.

dlm pukul 8 pagi dorang dah bising² soh bangun. budak² khemah aku buat² tak dengar sbb tak puas tido. dpt sejam lebey jek. lepas bekpes, perut aku rasa sakit. tak leh jadik neh. smalam aku paksa kat PLUS tamo plak. hmm... kena memerut gak neh. cemana nak buang?? tak de toilet. nak tanak terpaksa la membuang kat air terjun. kena semunyik kat celah² batu takut orang sekodeng! klakar je rasa. aku soh Cot tolong jagakan. pastuh kita klam kabot b'siap sbb org lain dah mula nak naik. tak sempat nak mandi sbb bangun lewat.

p'jalanan mendaki mula pukul 9:40 pg. tak smer ikut sbb ada yg dah pegi 2 minggu lepas. cuma 18 org jer. kak Kina ngan Limi pun tak gi sbb takut pancit & susahkan org. perjalanan sampai ke atas dijangka 5 jam sbb gunungnya lebih tinggi drp Gunung Ledang. kira² 1493 meter.

dlm kol 11:30 pg, group aku sampai kat Pacat campsite. kat situ ramai student pempuan b’ehat. dorang panjat sampai situ jer. mungkin tak larat nak teruskan. lepas berehat dlm 15 minit, kitaorg mula gerak semula. aku antara org yg paling depan sbb tamo tetinggal kat bakang. perjalanan semakin mencabar. kadang² trasa mcm nak jatuh. tapak tangan sampai terkena pokok b’duri masa nak tahan badan dr jatuh. pedih sbb selumbar tertinggal kat dalam. tahankan je la!

dlm kol 1:00 tgh, aku tiba kat satu tempat yg kitaorg gelar puncak tipu. kat situ berehat dlm 15 min sambil amik gambar. pastuh perjalanan diteruskan. Dila jadi guide kitaorg sbb baru 2 minggu lepas dia naik situh. aku ikut kat bakang dia tp bila dah hampir ke puncak aku smakin letih. budak² lain mula memotong. tak dpt la nak jadik org kedua sampai! tepat pukul 1:45 ptg, aku sampai ke puncak. aku orang ke 4 sampai. Dila kata group kitaorg kira laju gak sbb group sblm neh panjat dlm 5 jam. alhamdulillah kali neh aku tak pancit. cuma kaki neh dah trasa menggigil mcm org 'parkinson' sbb menahan sakit. bila bukak kasut, kaki dah mula kecut & pucat.

kat atas kak Ana masak maggi. hmm sedap! sambil tuh kita makan nasik impit cecah serunding daging. lama gak kitaorg lepak. dlm pukul 2:10 ptg, kitaorg mula gerak balik. aku ngan Cot cecepat turun sbb nak cepat sampai. Dila, Halid, Syed & Din terus lari tinggalkan kitaorg. aku kesian kat Cot sbb kasut dia dah mula haus so tak leh nak cepat sgt. walopon kena tinggal budak² tuh, aku ngan Cot kira laju gak sbb tak nampak org bakang. tawakkal je la. kaki dah trasa cam nak tetanggal tp kena teruskan jugak. aku tiba kat bawah kol 5:30 ptg. sampai je, aku tros ajak Cot mandi kat air terjun. syok sangat sbb airnya bersih & nyaman.

group yg lelain sampai lambat sket dlm kol 6:30ptg. lepas smayang jamak takhir, aku ngan kengkawan mula b’borak² sambil tunggu makanan yg kak Kina masakkan. malam tuh kitaorg tido cepat sbb dah kepenatan.

.: Ahad, 4 Julai 2004 :.
pukul 8 lebey baru aku bangun. memasing ngadu sakit badan sbb tmpt tido tak baper selesa. arinih aku sorang jer mandi sbb aku tak tahan nengok air terjun, punya la best! macam nak buat umah kat situ je... biar puas mandi hehari! lepas bekpes kitaorg teruk gerak balik.

satu lagik cabaran yg perlu ditempuh sblm balik. kena jalan kaki macam semalam. huwaaaa... aku dah mula rasa peha ngan betis membengkak. masa turun, aku jalan ngan Cot gak. budak² lain yg kuat tuh dah lari tinggalkan. kalau la ada kete 4 wheel drive tentu best. tak yah jln teruk camtuh. aku sampai kat bawah tepat pukul 12:30 tgh, kira² sejam stengah b’jalan kaki. beg aku dah terkoyak sbb berat sgt. peha pun mula melecet. nasib baik badan tak gemuk, kalau tak mungkin dah b’darah kot!!

bila semer dah turun dr atas, kitaorg singgah kat umah adik kak Ana kat Ampang utk bersihkan diri. sambil tuh pekena cempedak goreng ngan kopi. nyum²!! bila dah segar bugar, kitaorg tros gi Kajang makan satay. bila dah penat camnih semer makanan terasa sedap sgt².

nak dekat maghrib kitaorg mula gerak balik. singgah kat Melaka smayang & b’borak reramai. aku asik kena sakat je ngan budak² lelaki sbb jalan t'dencot². rancangan seterusnya group kitaorg nak buat ghatering kat Penyabung sambil menjala udang. kali neh tak perlu b’kayak atau panjat gunung. aku dah mula membayangkan dlm paler! tentu sonok... tak sabaunye!

aku sampai UTM dlm kol 12 malam. walopon penat, esok tetap kena keje gak sbb malas nak apply cuti. keje pun tengah banyak. cemanapon aku tetap rasa sonok sbb b’jaya sampai ke puncak! pasnih tatau nak gi gunung mana plak...

alo kak... best tul projek korang... yg buat best mesti kepayahan ngan kelecehan yetak? gunung nuang memang memerlukan kesabaran.. dan sangat2 tak elok untuk beginner...
lgpun puncak dier tak leh celen ledang... nak naik gunung d n.9... kasi contact sama saya...
Tue 14-Feb-2006 20:32
Posted by:nizran nizranbaik@gmail.com
alahai tak perasan pun msg ni... hmm memang penat panjat gunung nih. ditambah plak byk pacat... tak tahan asik nak check kaki ada ke tak pacat 'manjat'!! Sun 17-Sep-2006 10:26
Posted by:lilysuria
Add comment


Saturday, 15-May-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
tesilap daki gunung

berkumpul kat pintu depan "gunung"
siap² mula nak mendaki
kuciwa da 2 jam mendaki tp x sampai²
.: Sabtu, 15 May 2004 :.

pendaki smer ada 14 org. aku, Aishah, Dila, Sabun, Din, abg Faizal, Pejol, Rin, En. Hamid, kak Ana, Khai, Ima, En. Zainol & Acai

Care to comment?


[<<  <  1  [2]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.